Pengumuman

- Kami akan cuba membaikpulih dah menghidupkan semua blogspot Uniqcorner. Harap maaf kerana lama membiarkan blog ini terabai kerana sibuk menguruskan laman FB Uniqcorner. Terima kasih atas sokongan semua ! Kami amat menghargainya.. mmuah! :) (25/05/2012)

Hubungi kami untuk membuat janji temu (appointment) di Shah Alam, bagi hujung minggu (weekends) sahaja!! Pasar TTDI, Damansara (weekdays lunch hour) sahaja!! Juga boleh request untuk pick up barang di Pasar TTDI

Jom Join Kita!!

Pertama sekali, kami dari Uniqcorner ingin memohon maaf kerana telah lama membiarkan laman blog ini terbiar tanpa update. Ini disebabkan masa banyak dihabiskan untuk mengemaskini laman Facebook (http://www.homstuf.com).

Tapi itu tidak bermakna kami akan membiarkan laman blog ini yang mempunyai nilai sentimental yang amat mendalam buat Uniqcorner berkubur begitu sahaja.

Jadi, bermula dari hari ini (25 May 2012), kami akan memulakan kerja2 rombakan menyeluruh ke atas laman blog ini, update apa yg patut demi memastikan anda yang hadir ke laman ini tidak akan berasa kecewa!

Rancangan rombakan Uniqcorner (akan dilakukan secara berperingkat) :

1) menjadikan laman blog sebagai tempat kami berkongsi cerita mengenai idea2 baru barang kelengkapan rumah. Sekiranya ada di antara produk2 ini terdapat dalam koleksi kami, maka kami akan selitkan juga link supaya anda boleh terus view dan purchase

2) menukarkan menu sepenuhnya kepada sistem katalog di mana kami akan menyusun produk2 dalam kategori yang sama dalam bentuk table. Setiap gambar akan mempunyai link terus ke detail masing2 di laman facebook/online store kami.

Doakan semoga rombakan besar ini akan berjalan lancar dan seterusnya membolehkan pengunjung Uniqcorner browse di sini dengan lebih selesa!

Sementara itu, anda boleh mengunjungi laman facebook kami (http://www.facebook.com/pages/Uniqcorner/158142227562487) untuk dapatkan update yg terkini dan katalog produk yg lengkap!

Akhir kata, terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan semua! Love, Puan Shahrizat


Jom baca ulasan produk2 terkini di pasaran!

Kami di Uniqcorner memang suka mencuci mata dengan produk2 terkini di pasaran lebih2 lagi yang boleh membantu rumah kelihatan kemas, cantik dan teratur. Rasa rugi jika tidak berkongsi info2 ini dengan semua. Jadi, kami akan cuba sentiasa berkongsi tentang maklumat2 ini dari masa ke semasa dan juga berkongsi tips2 berguna untuk memastikan kediaman kita sentiasa nampak kemas, teratur dan sejuuuuk mata yang memandang ... :D

Tuesday, March 29, 2011

Kelambu Khemah (kelambu moden / kelambu khemah) dengan 2 bukaan pintu seperti langsir!



Teringat dulu2 zaman berhingus comot (tapi comel) kalau balek kampung, bukan main excited main keluar masuk kelambu yang tok dah siap pasang ke katil. Bila nak tidur pulak jenuh keliling katil nak pastikan setiap sudut terselit kemas2 bawah katil... tak nak bagi can nyamuk masuk laa tu! Tapi zaman sekarang ni, orang dah malas nak gantung2 kelambu, leceh! pastu rasa macam tak lawa pon adaa.. lepas tu pulak, kalau jenis suka bentang toto kat ruang tamu tidur ramai2, lagilaa kan tak kuasa nak gantung kelambu tinggi2, mana pulak ada tempat nak gantung!

Jadi bila jumpa kelambu yg boleh terus buka dan rentangkan semudah 1, 2, 3 ni, mmglaa hati saya berbunga2 kesukaan, sbb masa tu asal balek kampung (yang sebenarnya bandar) je, gerenti ada masalah nyamuk.. nak sembur ubat nyamuk.. saya tak suka! Lagipon, tak elok untuk baby. Dahlaa tu... bukan confirm pon nyamuk tu nak lari beramai2.. silap2 makin syok lagi adalaa! Ubat nyamuk? Hah.. dah berbondong2 dispenser tu beli.. last2 asyik lupa nak beli refill, lepas tu dispenser dah misplaced ntah ke mana.. kena beli yang baru pulak! Adoiihh.. mmg annoying... 

Ok.. berbalik kepada kisah kelambu moden atau kelambu mudah atau kelambu khemah (banyak nama glamer kelambu ni.. jangan tak tau.. hehehe).. mmg banyak memudahkan hidup uols. Nak tau pasaipa? Sebab, satu tak payah susah2 nak gantung. Kelambu moden (kelambu mudah / kelambu khemah) ni bila tidak digunakan boleh dilipat menjadi satu bulatan besar (alaa, macam uols lipat sunshade kereta tuu), dan disimpan dalam bag yg disediakan macam kat bawah ni haaa:



Lepas tu kalau nak gunakan, cuma perlu buka dan rentangkan je, nanti automatik kelambu moden (kelambu mudah / kelambu khemah) ni akan berdiri. Stabil pulak tu, kalau takda toto atau tilam pon dah cukup stabil. Tapi ya laa kan, mana syok tido atas kain net, mesti mau kasi empuk sikit dengan letak comforter, toto atau sekurang2nya cadar .. :D

Nak pasang atas katil boleh, nak pasang atas lantai boleh, nak pasang atas tanah rumput pon boleh! Takda masalah laa, sebab selain boleh berdiri sendiri, setiap bucu tiang kelambu moden (kelambu mudah / kelambu khemah) tu juga boleh dicucuk atau dipasuk ke tanah ataupun bucu katil. 

Nak basuh pon takda masalah, sebab tiang kelambu moden (kelambu mudah / kelambu khemah) ni boleh dibuka, jadi rendamkan aje kain kelambu tu dalam air sejuk dan anginkan. Jangan guna dryer tau! Sebab boleh merosakkan zip kelambu moden (kelambu mudah / kelambu khemah) ni. 

Ok.. terbaik sekali, kelambu moden (kelambu mudah / kelambu khemah) ni boleh didapatkan daripada online store kami, sila scroll ke bawah laman ini, dan uols terus boleh nampak katalog kedai untuk membuat pesanan. Kalau belum register, jangan risau, nak register mudah aje... nak gunakan pon mudah aje.. ada apa2 masalah jangan segan silu hubungi kami ya!

Ah ya... kalau nak tengok gambar detail boleh terus ke katalog kami ya, kami ada letak lebih banyak lagi gambar untuk uols semua cuci mata! :D














1 comments:

CoOkiE MoNSter on October 31, 2016 at 2:21 PM said...

Bpe harga n kaler spa yg ada?

Post a Comment

Ingin cepat terima pesanan? Beli laa melalui online store kami !

Wall Sticker (Transfer Film)

Wall Sticker (Peel and Stick)

Frosty Glass Film

Kitchen Aluminium Sheet Sticker

Switch Sticker (From China)

Setiap kotak yang bertanda (*) perlu diisi.

Senarai Pesanan*
Nama*
Alamat*
Email*
Telefon*
Cara Pos*
Nota
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]
 

Icons by http://dryicons.com
 

Unik. Uniq. Unique. Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino