1) Pastikan permukaan yang ingin ditampal dengan sticker dilap dan dibersihkan daripada sebarang habuk.
2) Guntingkan sticker menjadi bahagian2 kecil supaya mudah untuk disusun dan ditampal. Susunkan bahagian2 tadi di atas dinding dengan menggunakan tape atau blue tag untuk mendapat gambaran mengenai rupa keseluruhan sticker.
3) Kemudian, secara perlahan2, tampalkan sticker pada tempat yang diingini. Sekiranya ingin mengubah tempat, tanggalkan sticker secara perlahan2 untuk mengelakkan sticker terkoyak atau berubah bentuk. Sesetengah cat dan wallpaper mungkin akan tertanggal bergantung kepada keadaan permukaan. Oleh itu, amat penting untuk berhati2 ketika menanggalkan sticker. Akhir sekali, gunakan span separa lembut atau kad nama untuk meratakan sticker dan membuang udara terperangkap. Sekiranya masih ada udara yang terperangkap, boleh gunakan jarum halus dan tebuk lubang halus untuk keluarkan udara.
-- Terdapat sesetengah trasnfer film sticker di mana, transfer film telah dilekat bersama2 dengan sticker dan tidak di asingkan. Dalam kes ini, anda hanya perlu mengikut step 2 dan 3 sahaja.
Step 01
Tanggalkan transfer film dan lekatkan ke atas graphic sticker. Ratakan dan tekan secara lembut untuk pastikan graphic sticker melekat pada trasnfer film
Step 02
Guntingkan graphic sticker dan transfer film kepada bahagian2 kecil supaya mudah untuk disusun dan ditampalkan.
Susun bahagian2 kecil tadi ke atas permukaan yang ingin ditampal menggunakan tape atau blue tag untuk mendapatkan gambaran mengenai rupa keseluruhan hasil tampalan.
Tanggalkan transfer film daripada papan sticker. Graphic Sticker akan turut tertanggal bersama dan melekat pada transfer film.
Tampalkan sticker ke atas permukaan yang ingin ditampal.
Step 03
Gunakan span lembut atau kad nama untuk ratakan sticker dan pastikan graphic sticker melekat kuat pada permukaan. Secara perlahan2, tanggalkan trasnfer film daripada permukaan. Graphic Sticker akan tertanggal dan melekat pada permukaan. Sekali lagi, gunakan span lembut atau kad nama untuk ratakan sticker dan membuang buih udara. Sekiranya masih terdapat buih udara, gunakan jarum halus untuk membuat lubang halus dan keluarkan udara.
Transfer film yang telah diguna boleh diguna pakai semula.
0 comments:
Post a Comment